Saturday, 31 March 2012

Makro Pengajaran BM Tahun 3 (Rakaman Video)

Makro Pengajaran BM Tahun 3 

            (Rakaman Video)

Tema: Kecemerlangan

Tajuk: Anak Rusa Yang Cerdik




Clip Pertama :




Clip Kedua:



Friday, 30 March 2012

Sukatan Pelajaran BM Tahun 3 SJKC

Link maklumat berkenaan:
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CCgQFjAA&url=http%3A%2F%2Fppdsegamat.edu.my%2F2010%2Findex.php%3Foption%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D17%3Abahasa-melayu%26download%3D69%3Ab.-melayu-tahun-3-sjk%26Itemid%3D1&ei=Atl1T8LSJInprQfp9t2oDQ&usg=AFQjCNEglQyxUfVf1dUhIwlgI6sAClsLyA

Rancangan Harian Pelajaran


                                               RANCANGAN HARIAN PELAJARAN

Tarikh/ Hari: 27-03-2012 (Selasa)                                   
Masa  :  8.45a.m - 9.15a.m                                               
Kelas   : Tahun  3 S                                                                              
 Bil. Pelajar :   14 orang         
                                                                
M / Pelajaran  : Bahasa Melayu Tahun 3
TEMA  :  Kecemerlangan
TAJUK  : Anak Rusa yang Cerdik

Kemahiran:
Fokus Utama :
5.2.Aras 2 (i). Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan   
                      lancar  serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan :
7.1. Aras 1(i).Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan
                     tersirat.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat: 
 i). Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan
    gaya penyampaian yang betul  melalui latih tubi dan praktis.
ii).Merujuk kepada BBM guru untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan 
   penggunaan perkataan dalam aktiviti kumpulan.
iii).Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.


Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid telah pernah membaca dan mendengar cerita binatang yang membawa pengajaran melalui bahan sastera dan bukan sastera serta tontonan tayang gambar dan televisyen. Murid –murid juga mengetahui serba sedikit tentang kata adjektif dan simpulan bahasa yang mudah.

Konsep :
a.    Teori konstruktivisme
b.     Pembelajaran Kontekstual

Bahan Bantu Mengajar :
            a.   Komputer Riba
            b.   Paparan Kristal cecair (LCD)
            c.   Kamus Dewan
            d.   Carta Perkataan
            e.   Lembaran kerja    
            f.   Boneka binatang
            g.  Topeng binatang
Ilmu :
Sistem Bahasa:
1. Kata Adjektif
2. Simpulan Bahasa
3.Ayat Tunggal
4.Ayat Majmuk

Pengisian Kurikulum:
  Pendidikan Moral, Sastera

Nilai Murni :
 Keberanian, Baik hati, berhemah tinggi, hormat-menghormati , berprihatin,
  bantu-membantu.    

 Kemahiran Berfikir :
 Kemahiran Bernilai Tambah:
-KB  - menghubungkait
- KP – Verbal Linguistik
- BCB- Membaca
-Menjana idea

2.Belajar Cara Belajar
            a. Bacaan luncuran
            b. Perbincangan
            c. Sumbangsaran

3.Teori kecerdasan Pelbagai
            a. Interpersonal

 4. ICT
            a. Penerokaan


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(2 minit)
Tayangan ceritaAnak Rusa yang Cerdik”
1. Guru menunjukkan boneka  binatang dan bersoal jawab dengan murid.

2.Guru memaparkan  skrin tentang     tayangan cerita. Kemudian mengarahkan murid membaca secara senyap dan luncuran sambil memahami  keseluruhan cerita yang dipaparkan.
1.Murid memerhatikan boneka binatang sambil menjawab soalan guru.

2. Murid  meneliti skrin kemudian membaca secara senyap dan luncuran sambil memahami keseluruhan cerita tersebut.


Boneka
binatang









Langkah      1
(3 minit)

Tayangan cerita “Anak Rusa yang Cerdik”
Kosa Kata:

Kata Adjektif


1. Guru membimbing murid memerhatikan perkataan yang berwarna dalam petikan dan sebutkan Kata Adjektif secara individu.
2. Guru membimbing murid membaca Kata Adjektif secara kumpulan sambil memberi penerangan.

1. Murid mendengar
 arahan  guru. Murid mencari Kata Adjektif dan sebutkan secara individu.
2. Murid menyenaraikan Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan cerita dan baca dengan  kuat
Secara kumpulan sambil mendengar pendenganran guru.
Skrin
LCD


Langkah      2
(3 minit)







Simpulan Bahasa





1.Guru membimbing murid mencari dan menyenaraikan Simpulan Bahasa secara lisan.

2. Guru mengajar murid membaca kosa kata tersebut dengan sebutan dan ejaan yang betul sambil memberi penerangan.

1. Murid mencari dan menyenaraikan Simpulan Bahasa secara lisan.

2. Murid membaca kosa kata tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul di bawah bimbingan guru sambil mendengar penerangan guru.

Galakan diberikan





Berani mencuba
Langkah      3
(3 minit)

Tayangan LCD
Kosa Kata:
Kata Adjektif

1.Guru memaparkan skrin LCD sambil mengarahkan murid mencari makna Kata Adjektif secara perseorangan.


2.Guru mengemukakan soalan untuk menilai tahap pencapaian murid.

3. Guru melatih tubi murid membaca secara kelas, kumpulan dan perseorangan .
1. Murid memerhati skrin LCD sambil mencari makna Kata Adjektif secara perseorangan.


2. Murid menjawab soalan secara individu.



3. Latih tubi murid membaca secara kelas, kumpulan dan perseorangan.


Langkah      4
(4 minit)



Simpulan Bahasa



1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu
Kumpulan Harimau  &
Kumpulan Gajah. Kemudian guru mengedarkan kad soalan.Guru menyuruh  murid berbincang dan mencari makna Simpulan Bahasa secara kumpulan di bawah pimpinan ketua kumpulan.

2. Guru menyuruh ketua kumpulan membentangkan hasil jawapan di depan kelas.
3. Guru membimbing ketua kumpulan memimpin ahli-ali kumpulan membacakan jawapan
4. Guru membimbing murid menyemak jawapan melalui paparan LCD sambil melatih tubi membaca.
1. Murid dibahaagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Harimau & Kumpulan Gajah. Murid mendapat kad soalan dan berbincang bersama-sama untuk mencari makna Simpulan Bahasa secara kumpulan di bawah pimpinan ketua kumpulan.

2. Ketua kumpulan membentangkan hasil jawapan di depan kelas.

3. Ketua kumpulan meminpin ahli-ahli kumpulan membaca jawapan yang betul.
4. Murid  menyemak jawapan melalui paparan LCD. Aktiviti latih tubi membaca dijalankan.

sumbansaran






Kad manila















5. Ketua mupulan membimbing ahli-ahli kumpulan membacakan hasil perbentangan mereka.

6. Guru merumuskan jawapan mereka.




5.Ketua kumpulan membimbing membaca hasil jawapan masing-masing di hadapan kelas.

6. Murid mendengar rumusan.


Berani
mencuba


Galakan dan dorongan
Langkah      5
(7minit)

Lakonan
cerita “Anak Rusa yang Cerdik”

1. Guru menunjukkan topeng binatang dan mengagihkan tugas kepada murid kepada untuk melakonkan watak yang terdapat di dalam cerita.

2.Guru memilih murid melakonkan situasi sebenar cerita binatang tersebut.

3.  Guru membimbing murid –murid yang lain membaca skrip cerita tersebut.
1. Murid  yang dipilih memerhati topeng binatang dan memakai topeng tersebut. Murid mendengar arahan guru.

2. Murid melakonkan situasi cerita binatang tersebut.

3. Murid-murid yang lain membaca skrip cerita tersebut.
Topeng binatang



Langkah      6
(6 minit)












1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan mengarahkan murid menyiapkan tugasan secara individu.

1. Murid menyiapkan tugasan secara individu di bawah bimbingan guru.




lembaran kerja











Penutup
(2minit)

Pengajaran





1.Guru menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.



2.Pengukuhan dan pemulihan diberikan

1.Murid mendengar guru menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
2. Murid yang dapatmenguasai soalan diberi pengukuhan. Murid yang tidak menguasai kemahiran pula diberi latihan pemulihan

Keberanian
Simpulan Bahasa


pengukuhan

pengayaan

pemulihan



Lembaran Kerja Pengayaan :
Susun cerita mengikut urutan yang betul.

Lembaran Kerja Pengukuhan
















Anak Rusa Yang Cerdik


Ada seekor anak rusa yang sangat kurus tetapi cerdik.

Pada suatu hari, Si Anak Rusa mencari makanan di suatu kawasan lapang. Tiba-tiba, dia ternampak seekor  harimau hendak  menangkap seekor rusa yang sedangbunting. Si  Anak Rusa mencari akal .

     Sebaik sahaja harimau itu hendak menerkam ibu rusa, Si Anak Rusa terlebih dahulu menjerit, “ Tunggu dulu, Sang Harimau !” Sang Harimau terperanjat lalu menoreh ke arah anak rusa itu.
     “Oh, kamu datang untuk menyerah diri, ya!” kata harimau.

      “Tidak. Aku datang nak beritahu suatu rahsia kepada kamu,” Jawan Si Anak Rusa.

     “Hah, rahsia apa? Cepatlah beritahu,” gesa Sang Harimau.

     “Sebenarnya rusa itu sedang bunting dan menghidap sejenis penyakit yang berbahaya. Kamu lihatlah badan rusa itu. Jikakau makan juga rusa itu, badankau pun akan menjadi seperti badannya,” kata  Si Anak Rusa.
     Apabila mendengar kaat-kata Si Anak Rusa itu, harimau menganggap  ibu  rusa  menghidap sejenis penyakit. Harimau percaya akan kata-kata  Si  Anak Rusa. Akhirnya, harimau tidak jadi makan ibu rusa itu.

     Ibu rusa amat terhutang budi kepada Si Anak Rusa kerana telah menyelamatkannya.

     Begitulah cerita tentang helah yang bijak dapat menyelamatkan satu nyawa. Oleh itu, kita mestilah selalu panjang akal.

BBM Makropengajaran (Bentuk PowerPoint)


Kata Adjektif (Perbincangan Kumpulan)

 Simpulan Bahasa (Perbincangan Kumpulan)

 Maksud Simpulan Bahasa

Cerita Binatang (Lakonan Pelajar)

  Lembaran Kerja: Pengukuhan

Latihan Pengayaan