Friday, 30 March 2012

Anak Rusa Yang Cerdik


Ada seekor anak rusa yang sangat kurus tetapi cerdik.

Pada suatu hari, Si Anak Rusa mencari makanan di suatu kawasan lapang. Tiba-tiba, dia ternampak seekor  harimau hendak  menangkap seekor rusa yang sedangbunting. Si  Anak Rusa mencari akal .

     Sebaik sahaja harimau itu hendak menerkam ibu rusa, Si Anak Rusa terlebih dahulu menjerit, “ Tunggu dulu, Sang Harimau !” Sang Harimau terperanjat lalu menoreh ke arah anak rusa itu.
     “Oh, kamu datang untuk menyerah diri, ya!” kata harimau.

      “Tidak. Aku datang nak beritahu suatu rahsia kepada kamu,” Jawan Si Anak Rusa.

     “Hah, rahsia apa? Cepatlah beritahu,” gesa Sang Harimau.

     “Sebenarnya rusa itu sedang bunting dan menghidap sejenis penyakit yang berbahaya. Kamu lihatlah badan rusa itu. Jikakau makan juga rusa itu, badankau pun akan menjadi seperti badannya,” kata  Si Anak Rusa.
     Apabila mendengar kaat-kata Si Anak Rusa itu, harimau menganggap  ibu  rusa  menghidap sejenis penyakit. Harimau percaya akan kata-kata  Si  Anak Rusa. Akhirnya, harimau tidak jadi makan ibu rusa itu.

     Ibu rusa amat terhutang budi kepada Si Anak Rusa kerana telah menyelamatkannya.

     Begitulah cerita tentang helah yang bijak dapat menyelamatkan satu nyawa. Oleh itu, kita mestilah selalu panjang akal.

BBM Makropengajaran (Bentuk PowerPoint)


Kata Adjektif (Perbincangan Kumpulan)

 Simpulan Bahasa (Perbincangan Kumpulan)

 Maksud Simpulan Bahasa

Cerita Binatang (Lakonan Pelajar)

  Lembaran Kerja: Pengukuhan

Latihan Pengayaan

9 comments:

  1. Tahniah Cikgu, sungguh menarik.
    Persediaan P&P juga sgt baik.
    Silakan follow ke blog saya pula.
    http://azianismail65.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Cerita yang baik dan menarik. Paparan yang berwarna dan cantik.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen kamu semua. Saya akan terus berusaha!

    ReplyDelete
  4. Sungguh memerangsangkan, tambahan dengan ICT. Syabas!!!! teruskan usaha ini.

    ReplyDelete
  5. sangat baik :)

    ReplyDelete
  6. sangat baik,blog yang amat menarik!!

    ReplyDelete